Izzuddin Yussof

Everyone has their own opinion, and this is mine

Usrah: Antara Ideal dan Realiti

Facebook Twitter Email

 

Dakwah yang ideal itu sepatutnya bermula dengan aqidah. Jika seseorang itu memang betul-betul mantap aqidahnya, hakikatnya tanpa perlu disuruh dia akan ingin melakukan dakwah. Tanpa perlu diberitahu dia sendiri yg akan menguatkan ibadah dan memuliakan akhlaqnya, kemudian hanya dengan sedikit kefahaman, dia akan melakukan dakwah itu dengan berjemaah serta akan menyerahkan dirinya untuk disusun demi kebaikan Islam, menyerahkan hidup dan hartanya kepada Allah, dan akhirnya apa yang dia perlukan hanyalah ukhwah dan tazkirah/usrah, sebagai tiang-tiang yang akan menyokong imannya, daripada kegoyahan, daripada kealpaan

 

Namun, setelah sekian lama aku cuba menyeru orang lain…. sehingga kini aku masih lagi tidak menjumpai kaedah menyampaikan aqidah yang betul-betul berkesan….. Sehingga kini aku masih lagi tidak reti utk menyampaikan aqidah sehingga seseorang itu ingin melakukan dakwah tanpa disuruh, akan menguatkan ibadahnya tanpa diberitahu, akan memuliakan akhlaqnya dengan sendiri, apatah lagi sehingga mereka ingin menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada dakwah dan jemaah…

 

Dulu ada banyak benda yang aku tak setuju…. kerana merasakan kaedah ini bertentangan dengan Islam, merasakan kaedah itu bukanlah cara Rasulullah yang sebenar…. Tapi kini memang aku memahami kenapa kaedah-kaedah tersebut digunakan…. Ianya fast track…. Menyampaikan apa yg dirasakan prioriti sebelum perkara yang kurang prioritinya…. Of course apakah prioriti dan apakah tidak itu hanyalah ijtihad…. Malahan jika ‘terlebih’ maka akan melahirkan pula daie yang menyampaikan Islam yang kurang tepat…. Tapi at the end, cara inilah yang melahirkan daie, yang melahirkan golongan yang istiqamah, kemudian segala perkara-perkara yang lain itu akan menyusul kemudian, kerana selagi mana dia istiqamah pada jalan ini, maka akan terbentang luas ruang-ruang untuk membaiki aspek-aspek yang lain…. Dan aqidah itu akan dipupuk sendiri dalam masa yang lama, bukanlah dengan ilmu yang mengatakan Allah itu satu, syurga itu best, dan neraka itu menakutkan….

 

Tapi macam mana pun masih ada satu perkara yang ideal, setakat ini sangat selaras dengan realiti…. Iaitu hasil dakwah kita bukanlah terletak pada kepetahan kata-kata kita…. Tapi hasil dakwah kita terletak pada sejauh mana mulut kita mengucapkan zikrulllah, sejauh mana hati kita mengingati Allah, dan sejauh mana akal kita risaukan umat/mad’unya…..

Demokrasi VS Syura

Facebook Twitter Email

 

Demokrasi. Orang cakap ianya dah wujud sejak dulu-dulu-dulu lagi. Tapi in this ‘modern age’, demokrasi punya umur tak sampai pun lagi satu abad. Malahan menariknya Ikhwanul Muslimin punya umur pun lebih ‘tua’ daripada demokrasi.

 

Dulu… Sistem demokrasi ni sangat dikutuk oleh ramai ulama dan ilmuwan Islam. Of course termasuklah antaranya tokoh ikhwan, Syed Qutb. Di dalam penulisan-penulisannya sangat banyak dia kutuk dan kritik dua sistem ciptaan manusia, iaitu komunis dan demokrasi. Tapi sampai sekarang aku jujurnya masih tak pasti…. Apa yang dikutukkan berkaitan demokrasi ekk?

 

Demokrasi. Kalau disuruh untuk menjelaskan demokrasi dalam satu ayat yang simple, demokrasi ini adalah sistem di mana suara majoritilah yang akan menjadi penentu dalam membuat keputusan. Zaman demi zaman berlalu, demokrasi ni semakin diterima di seluruh dunia, termasuk juga oleh muslims… Tak kurang juga Ikhwanul Muslimin yang mana dahulu tokohnya mengutuk demokrasi, kini juga sangat ramai di dalamnya yang menyokong demokrasi…. Kenapa? Kerana mereka merasakan demokrasi itu sangat hampir dan dekat dengan syura yang ada disebutkan di dalam Al-Quran dan diamalkan oleh Rasulullah….

 

Namun sampai kini…. Aku jujurnya meragui…. Adakah memang sistem demokrasi itulah yang terbaik? Dan adakah memang sistem syura yang diamalkan Rasulullah dan disebut di dalam Al-Quran itu, adalah selari dengan demokrasi?

 

Kononnya…. Sistem demokrasi itu akan melantik orang yang terbaik…. Tapi sape yang tak setuju kalau aku mengatakan, bahawa sistem demokrasi ini jugalah yang menggalakkan politik wang…. Sistem demokrasi ini jugalah yang menjadikan satu-satu pemimpin tidak akan dapat 100% membuat polisi yang memanfaatkan negara, sebab diorang perlu ambil kira samada polisi tersebut disukai rakyat ataupun tidak…. Sehinggakan akhirnya… Kemungkinan besar orang yang dipilih itu bukanlah orang yang terbaik…. dan keputusan yang diambil itu bukanlah keputusan yang terbaik….

 

Malahan dah sangat banyak kali…. aku melihat dan mendengar, syura belakang dibuat sebelum syura yang utama…. Sehinggakan aku mula jadi keliru, konfius, tak faham…. Apakah yang dimaksudkan apabila dikatakan tidak boleh ada syura sebelum dan selepas syura? Malahan adakah benda itu sendiri satu kemestian? Wujudkah dalil berkaitan perkara tersebut? Bagaimana pula dengan perbincangan sebelum dan selepas syura berkaitan isu tersebut? Adakah perkara sebegitu akan dikira melakukan syura belakang?

Dan adakah syura itu sentiasa mengikut majoriti?

 

Aku tidak dapat terima jika mengatakan demokrasi itu ada di dalam Islam…. Kerana aku melihat Talut itu dipilih oleh Allah untuk menjadi tentera walaupun kaumnya tidak menyukai keputusan tersebut…. Nabi Sulaiman itu menjadi pemimpin seluruh alam kerana mewarisi takhta daripada Nabi Daud…. Saidina Omar itu dilantik secara terus oleh Saidina Abu Bakar…. Dan Saidina Khalid Al-Walid pula dibuang daripada jawatan general oleh Saidina Omar walaupun dibangkang para sahabat

 

Bagiku syura itu adalah medan untuk membuat keputusan yang terbaik…. Dan ahli syura itu adalah dibuat oleh orang-orang yang layak dalam nak membuat keputusa tersebut…. Sistem demokrasi yang mana keputusan berdasarkan majoriti itu macam boleh kata kaedah yang terakhir sangat-sangat dalam membuat keputusan… Sebab siapa kata majoriti itu sentiasa yang terbaik? Sedangkan di dunia ini golongan yang diberikan ulul albab oleh Allah adalah minoriti. Dan bukan sedikit golongan yang sesat itu adalah golongan yang majoriti….

 

Namun…. Tetap demokrasi itu menjadi satu kepercayaan dan keyakinan di dalam masyarakat Islam sekarang… Sehinggakan majoriti jemaah Islam zaman sekarang pun menggunakan demokrasi…. Maka nak tak nak…. Syura belakang untuk mengaut undi dibuat…. Kadang kala pula demi mengamalkan demokrasi, ‘syura lakonan’ dibuat… Sedangkan keputusan dah ada…. Dan apabila keputusan lain daripada yang di’set’…. Maka tiba-tiba ‘general-general’ bersuara…. Menggunakan kuasa veto menggagalkan hasil ‘syura’ yang dibuat…. Dan menghalakan ke arah apa yang dirancangkan…. Apakah….

 

Sehingga tahap itu kita terpaksa membuat demokrasi…. Sedangkan deep inside our heart, we know that there are people who knows the situation the best…. Who are qualified to make the decision… And yet here we are, trapped into believing democracy is the best system….

 

Syura itu adalah perbincangan. Demokrasi itu adalah membuat keputusan berdasarkan majoriti. It is a two different thing.

 

The essence of syura is to make the best decision. While the essence of democracy of to give equal right to everyone. Again, it is a two different thing.

 

Democracy is useless if it will ended up with the decision made was not the best decision. And it is an unnecessary burden if it is done, while we already know what is the best decision

 

Sebab tu Abu Bakar boleh melantik Omar secara terus. He was the best candidate, without a doubt.

 

p/s: sistem komen wordpress aku diserang spam… So sila jangan komen kat situ kalo nk komen, sbb ada kemungkinan takkan diapprove… sekian

Kabir dan Langit

Facebook Twitter Email

Post ini hanya untuk menghuraikan erti ‘sebenar’ di sebalik dua perkataan ini

 

Kabir dan Langit

 

Kabir, merupakan sebuah perkataan arab yang diromawikan ejaannya. Kabir dalam bahasa arab logiknya dieja ‘kaf-ba-ya-ra’ (کبير). Tapi mungkin juga boleh jadi ejaan kabir yang dimaksudkan adalah daripada perkataan ‘ka-bi-ra’ (کبر), cuma ‘ba’ di situ bukan berbaris atas, tapi berbaris bawah, barulah dia menjadi sebutan ‘kabir’

 

Since aku tak tahu mana satu sebenarnya yang dimaksudkan, jadi aku akan huraikan maksud di sebalik kedua-dua perkataan ini

 

Penggunaan yang pertama, juga penggunaan yang lebih familiar di masyarakat dunia. ‘Kaf-ba-ya-ra’ (کبير) ni asalnya dari perkataan ‘ka-bu-ra’ (کبر). Yang bermaksud besar, hebat, dan yang sewaktu dengannya…. Kepada sesiapa yang tidak pernah langsung belajar bahasa arab, mungkin anda akan tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba ada ‘ya’ di situ sebelum ‘ra’?

 

Perasankah anda? Sangat banyak kata sifat di dalam Quran, yang meletakkan ‘ya’ sebelum huruf terakhir. Contohnya ‘rahim’ (رحيم), ‘aziz’ (عزيز) dan sebagainya. Ianya sebab apabila satu-satu kata sifat itu diletakkan ‘ya’ sebelum huruf akhir dia, maka ianya membawa maksud ‘yang paling’ atau penggunaan yang femesnya ‘maha’

 

Sebab kalau mengikut buku ‘Learning Arabic Language of The Quran’, mukasurat 302, dia mengatakan “these come as adjective and descrive eternal, everlasting qualities”

 

Jadi dengan kata lain, hakikatnya penggunaan sebegini hanya sesuai digunakan kepada Allah sahaja, sebab hanya Allahlah yang everlasting qualitynya. Sebab tu, tidak akan kita jumpa (sepatutnya) orang yang bernama ‘Hafiz’ sahaja, atau ‘Rahim’ sahaja, melainkan akan dimulakan seperti ‘Abdul Hafiz’, atau ‘Abdul Rahim’ – kerana perkataan ‘Hafiz’ dan ‘Rahim’ itu merupakan kata sifat yang hanya layak bagi Allah sahaja, semata-mata

 

Maka, apabila kita menggelarkan seseorang itu ‘kabir’ – maksudnya kita tengah mengangkat status kebesarannya seperti Allah, iaitu dia akan selama-lamanya ‘besar/hebat’…. Sungguh kagum aku terhadap makhluq yang sebegitu….

 

Well… itu kalau ‘kabir’ yang digunakan itu adalah ’ka-bu-ra’lah, kalau dia sebenarnya bermaksud  ’ka-bi-ra’…. silakanlah, sebab ianya bermaksud menjadi tua…..

 

 

Langit, bahasa orang putihnya ‘sky’, bahasa arab ‘sama’ ‘ (سماء), bahasa jepunnya ‘sora’

 

Langit juga merupakan simbolik kepada sesuatu tahap keagungan dan kehebatan yang sangat tinggi. Sebab itulah sesetengah orang suka menggunakan istilah “hikmat tujuh petala langit” – sebab nak katakan langit itu sangat hebat, jadi ‘hikmat’ dia tu sangat hebat ar sebenarnyakan… Begitu juga Ya’juj dan Ma’juj, setelah mereka rasa mereka telah mengalahkan penduduk bumi, maka mereka membaling tombak-tombak mereka ke langit, dengan tujuan ingin membunuh pula penduduk ‘langit’ – ianya penduduk yang lain, bukanlah manusia, tapi wallahualam apakah sebenarnya…. Tidak kurang juga yang menggunakan istilah dari ‘langit’ itu untuk melambangkan bahawa perkara itu diturunkan daripada tuhan… Maka Ayah Pin pun menggunakan istilah kerajaannya sebagai ‘kerajaan langit’

 

Jadi bagaimana apabila seseorang itu digelar sebagai ‘langit’? Bagi aku, ianya menunjukkan bahawa individu tersebut sangatlah hebat dan agung….

 

 

Maka…. jujurnya aku ‘kagum’…. kepada mereka yang dipanggil dengan gelaran ‘kabir’ dan ‘langit’, apatah lagi kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebegitu rupa…..

 

Kerana nescayalah hati mereka langsung tidak tergugat dengan gelaran tersebut…. langsung tidak timbul sedikitpun takabbur yang akan menjadi punca haramnya syurga bagi mereka walau ada sebiji sawi sifat tersebut dalam hati mereka, ataupun sifat ujub yang bak kata Rasulullah akan membinasakan dirinya… kedua-dua sifat ini juga contoh yang paling terkenal adalah dimiliki oleh iblis, firaun, qarun, dan makhluq-makhluq yang sejenis dengannya….

 

Berdiri seseorang memuji seorang sahabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi s.a.w memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji
(Hadis Riwayat Muslim)

 

Maka…. kalaulah orang yang puji dengan ‘biasa’ pun Rasulullah suruh tabur pasir kat muka dia…. entah-entah kalau orang panggil aku dengan gelaran kabir dan langit…. silap-silap aku tabur batu kat muka dia….

 

Sebab tuh aku kagum perkara ni tidak berlaku…. sebab ini menunjukkan hati mereka langsung tidak tergugat dengan sifat takabbur dan ujub

 

p/s: perkara yang lebih kurang setahun dipendam, tapi tiba-tiba rasa nak suarakan

Interview, Dissertation and English

Facebook Twitter Email

 

I’m beginning this post with a warning that this is about my private life and apologize to some recent comments that I still haven’t reply up until now, I’m just not in the mood.. sorry =(

 

 

I’m writing in English, yup, in English. I can’t even begin to remember when was the last time I wrote an article of some sort in English (well, of course, other than my assignments…. Still it had been a long time since I had an assignment on essay writing….) So, what am I doing writing in English? Simply because I’m preparing for my interview haha

 

Seriously, this post will be about my life, so… if you’re actually looking for something tarbawi…. this is really no the one you’re looking for….

 

I got pretty terrible with my last semester’s result. Or to be more precise, I was doing okay with the hard subjects, but by Allah’s will I had a fever for my last paper, which is supposed to be the easiest one (most of my friend got first class for the paper), but due to the fever, I didn’t have the ability to finish my study and even in the examination hall I was lazy enough to write the answers, let alone to think too hard for the questions that I didn’t manage to revise….

 

And so…. the overall result was depressing. Seriously. It’s because I knew that it is very important for me to get at least an upper class degree, and I’m not really doing well enough so far to secure that. Because of that I’ve been studying all day, 24/7 everyday, other than any usrah or daurah (besides even in my free times at daurah was also filled with me reading the journals huhu) and my sleeping time (having enough rest is essential to be effective hihi), all I did is either reading journals, finding data, structuring my dissertation or reading my lecture notes

 

This situation really reminds me of when I was about to take my PMR, SPM and IB examinations. Approximately 6 months before PMR, I was err… ‘hanged’ from school? -__-” (okay I can’t recall the english word haha)…. I was ‘hanged’ for about 2 weeks I guess… Before that, I was terrible in both geography and history subjects. I just don’t like them… I usually got a D or C for those subjects, never even once I got an A. However in those 2 weeks at home….. To ‘please’ my parent, I became a bookworm, I was reading those two subjects the whole time, I slept with the books and I also ate with the books….

 

So what happen after those two weeks? I got straight A’s for those two subjects, I was even chosen for a history quiz competition as a representative for my school. So up until now, I still believe that those ‘hanged’ (oh please, what’s the word?) was a rahmat from Allah….

 

When I was in SPM? Two subjects, history and higher arabic language. Same case, I never got an A2 for those two subjects (well I did obtained some A’s for  history when I was in form 4), let alone an A1. History because I hate it as usual, however the arabic language is more toward the teachers there used the ‘independent’ type of teaching, where it’s like they are assuming all kisasians are good with arabic so they don’t really have to plant everything inside our head (while, of course, I’m not)… In a trial SPM test, I failed my history subject… Of course, I was so upset…. It again drives me to become a bookworm for the history subject… while for the arabic language? I ended up skipping all classes for the last one or two weeks and went to classes with excellent students for arabic language, and I learned from them what I’d call as ‘The knowledge you need to know to score in higher arabic language test’ – and alhamdulillah, I got A1 for my history, and A2 for my arabic exam

 

IB? Well the same thing, except that there is no more history subject, (which only Allah knows how happy I was to be able to say goodbye to that subject)…. But a new unexpected obstacle occurs, Physics HL. I never really expected that I’d be facing difficulties with physics, however it is without a doubt considered as the hardest subject for IB, where there’s like a ‘rumour’ saying “if you’re able to get 7 for Physics, that means you’ll get 7 for all of the subjects” – where it had always been held true, until my junior’s batch. Where there’s a freak physics fan, but terrible in economic subject… Anyway…. Again, I failed this subject during the trial (got a 3), and after that I asked my dear friend to teach me from A to Z about this subject… And alhamdulillah obtained a 6 for the subject

 

Oh well… so basically… What I wanted to say is.. I do believe that Allah wanted me to feel depress with my second last exam, so that I will struggle, becoming a bookworm, and put all of my effort into the last 6 months in my university life (which now it won’t be more than 3 months, yeay!)…. And… the fruits has already shown in some of my tests, and how my dissertation progress… So… I’m really grateful to Allah for that…

 

Oh yeah, the reason why I’m writing in English? It’s because that I’m currently preparing for my job interviews, so I’m adapting my brain to think in English, where I hope by doing so I’ll be able to answer fluently and spontaneously in English if they ask some questions which I’m not prepared. The phone interview with Celcom last week really give me a good idea on what to prepare for an interview, again, alhamdulillah =) (because to be honest that is the least that interest me of all, so it really is a good thing to ‘fail’ and get a lesson learnt from something I’m not interested from the start)

 

Oh yeah, about my dissertation? It causes me to realize the issue of labours in Malaysia…. And I do think that Malaysia’s strategy which focuses in attracting foreign investors with cheap labour, will bring a heavy negative impact to Malaysia in the long term…. which can be seen even now… where Malaysian suffers from low wage, while the inflation keep increasing…. Malaysia was planning to become a developed country, but the strategy used was the strategy of a developing country…. It won’t be able to bring us to the next level

 

Okay, actually this post is just another one of the ‘training to my brain’… well although in the first place I never really had any difficulties writing in English, it’s just that my critical thinking and speaking need some improvement

 

ciaos

Alah Bisa Tegal Biasa

Facebook Twitter Email

 

Amaran: ini pasal hidup aku hihi

 

Kontroversi

 

dari dulu sampai sekarang, sangat banyak penulisan-penulisan aku yang kontroversi… nak kata aku memang suka tulis pasal kontroversi bukanlah aku ‘suka’, sekadar aku jenis setiap kali melihat sesuatu kejengkelan sahaja, tak kiralah dari segi sikap, fikrah, atau apa-apa yang sewaktu dengannya, aku akan rasa nak ‘suarakan’

 

dan memandangkan benda-benda tu selalunya perkara yang ramai orang buat, jadi selalu untuk perkara-perkara ni aku akan tulis kat blog. Supaya mesej tu dapat sampai kat semua orang.

 

Of course, apabila kita menegur memang konfimlah akan ada orang yang tak suka. Atau lebih tepat orang yang tidak terlibat atau orang yang bersetuju dengan aku akan sangat menyukai ‘kontroversi’ yg aku bangkitkan, sebaliknya orang yang ‘terkena’ dengan ‘kontroversi’ tersebut memang konfim sah-sahlah dia akan tak suka

 

Maka ended up, sepanjang pengalaman aku dalam dunia blogging, aku cam ada ramai yang bersetuju dengan aku, pada masa yang sama banyak gak aku ‘melahirkan’ individu-individu yang benci kat aku. Dan tidak kurang juga individu-individu yang dulu pernah bersetuju dengan aku, tapi apabila keluar post yang ‘kena’ pada dirinya, maka dia pun jadi benci kat aku

 

Tapi mungkin aku ni jenis yg mmg over confident terlebih, jadi memang sangat susah sebenarnya nak ubah pendirian aku. Orang yang dah sangat-sangat biasa berbeza pendapat dengan aku seperti Ammar Roslizar mungkinlah akan perasan, bahawa hakikatnya sangat susah nak ubah pendirian aku, tapi bukannya bermaksud langsung tidak boleh diubah, kerana jika berjaya dibawakan hujah yang kukuh dan aku bersetuju dengannya, maka memanglah pendirian aku akan boleh diubah

 

Dari dulu lagi, I mean memang dulu-dulu sejak sebelum KMB lagi, ada satu golongan yang aku paling benci sekali, iaitu golongan yang tidak betul-betul mengenali aku pun, tapi salah faham negatively terhadap aku. Dan of course golongan macam tu lahir sangat banyak semenjak aku mula menulis penulisan-penulisan yang ‘kontroversi’

 

Takkan aku lupa komen di sebuah blog yg femes, yg counter artikel angry bird aku yg tak sangka akn jadi kontroversi, yg mana kat thread komen tu macam ada sorg (anonymous) yg dgn sgt keras tak suka dengan artikel yg counter tu, dgn gunakan gaya bahasa yg agak tidak best, tetiba ada sorg mamat mana ntah ckp yg mmg knfmlah org yg komen itu aku, sebab katanya lenggok gaya bahasanya memang seperti aku

 

haha

 

serius aku menyampah dan emo gile dengan mamat mana ntah tu. kita jumpa kat akhirat kelak ekk. serius, aku takkan maafkan kau selagi mana kau tak mengaku kat depan aku…. nanti bagilah pahala kau kat aku sikit ekk, pahala aku ni sikit, sian aku, dan thank you in advance

 

sangat jarang sebenarya aku emo kat orang. tapi like I said, aku paling benci org yg tak kenal aku pun, tapi salah faham negatively kat aku. Of course, aku mmg sgt byk je kekurangan. Sedangkan ibnu mas’ud, antara sahabat teragung nabi pun mengatakan “andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu tidak akan mengikutiku” – apatah lagi aku? seorang manusia biasa, yang terlalu jauh tahap iman dan taqwa kepada Allah berbanding sahabat agung tersebut

 

camnepun aku sedar satu benda gak, iaitu cara ‘teguran’ tu mungkin kadang-kadang terlalu ‘kasar’, sehinggakan orang yang terkena bukan saja jadi reluctant untuk berubah, sebaliknya akan jadi emo dan tak suka, bertindak reaktif, dan akhirnya apa yg aku tuliskan itu tidak mengubah apa-apa (walaupun aku percaya orang yang beriman, walaupun ditegur dengan cara tak betul, diterima dlm keadaan marah, insyaAllah masih akn mengubahnya)…. Sebab tu kebelakangan ni aku sangat cuba jika menulis tu, jika ada sesuatu yg ingin ditegurkan, aku akan gunakan bahasa yang lebih positif, dan akan sangat cuba elakkan memfire directly….

 

walaupun…. tak dinafikan pun bahawa ianya sgtlah susah…. kerana penulisan aku banyak timbul dari hati….

 

tapi camnepun… alhamdulillah…. lepas bertahun-tahun menulis, akhirnya… aku dah mampu menerima kritikan, walau sepedas manapun kandungan dan gaya bahasanya. Sekadar peringatan kepada yang rasa-rasa nak bagi kritikan secara pedas tu…. if you dare to be offensive with me, make sure you’re ready to face the ‘offensive’ me….  sebab memang orang yang komen dan kritik dengan baik, insyaAllah aku akan balas dengan baik, sape yg kurg ajar, mmg siap arr haha

 

dan lebih tak best lagi, orang yang nak komen secara kurg ajar tu, mesti dia nk buat secara anonymous walaupun dari point dia macam dia mengenali aku secara peribadi… entah apa-apa -__-”

 

ada seseorang yang aku ‘kenali’ juga tereffect dengan perkara ni. Dah lama gak perasan yang dia memang semakin pelik di dunia online dlm setahun ni, dan berakhir dengan dia menutup FBnya… dia femes, sape yg tau pasal ‘dia’ ni maka tahulah…. melihat bagaimana seorang yang berkarisma dan femes macam dia pun jadi macam tu…. in a way macam menjadikan aku lega plak haha, kritikan dan penghinaan di sebalik anonymous, atau oleh individu-individu yang tidak mengenali pun diri kita, memanglah sangat tak best

 

dari dulu lagi, aku dah prepare dengan satu benda, iaitu if you want to do something big, be prepared to be citized and hated. Sebab hakikatnya tidak ada seorang yang femes di dunia ini, yang mengubah dunia ini, yang membawa kebaikan kepada dunia ini, melainkan dia akan ada penyokong yang menyokongnya, dan musuh yang akan memusuhi dan mengejinya secara lantang

 

apatah lagi jika apa yang kita bawakan itu adalah kebaikan, semakinlah syaitan akan mencucuk hati-hati kita supaya kita membencinya

 

Of course, sape yg kenal aku secara peribadi mmglah akn tahu, bahawa dakwat.org tu aku yg initiate dan akulah admin yg utama. aku ni dari dulu ada satu ‘penyakit’, iaitu aku sangat rajin dan suka menulis…. tapi hakikatnya aku xdelah rajin nak membaca pun haha… atau lebih tepat, aku hanya akn rajin membaca kalau aku ada benda nk tau, yg aku tau ada jwpn atau hint yg aku akn perolehi kalau aku baca sesuatu benda tu… kalau tak, mmg tak dpt arr nk rajin bukak blog/website/buku dan baca huhu

 

dan kalau perasan, dakwat.org tu aku jadikan dia FB dan twitter base, di mana dia cam ada ‘ranking’ artikel berdasarkan jumlah bilangan share… pada tahap awal dakwat.org ditubuhkan, aku bergantung kpd ikhwah akhawat secara direct utk tolong sebarkan… kemudian aku bergantung kpd ikram uke pny FB, dan bila bilangan ‘fan’ dakwat.org sendiri dah mengatasi ikram uke pny, aku ‘mengharap’ kepada ikram malaysia pny FB plak – sebab cam konfim akan ‘meletup’ kalo ikram malaysia post kat situ

 

tapi hakikatnya aku cam xde kuasa pun nk bagi ianya post kat ikram malaysia…. so cam bila sedar-sedar balik… kenapa aku bergantung kepada FB orang lain? dan tetiba cam termuhasabah balik…. apa sebenarnya yang aku nak capai daripada website tersebut? Benar jika semakin tersebar website dan artikel-artikel dalam website tersebut, maka tujuan asal aku tubuhkan website tu, nak bagi ‘fikrah’ tu tersebar kepada orang umum tercapai….

 

Tapi aku gak sedar… it is a very thin line… antara nak menjadikan website itu femes sebab ‘seronok’, dan antara nk menjadikan website itu femes untuk ‘sebarkan fikrah’….. dan aku cam perasan kebelakangan ni aku dah menuju ke arah ‘seronok’ tu… seronok statistik website meningkat dengan tinggi, sentiasa mengharap bilangan ‘share’/'like’ yang tinggi walaupun bukan artikel aku, sebab aku just cam suka tengok ‘nombor-nombor’ tu meningkat….

 

tapi entahlah, like I said, it is a very thin line, nak-nak kebelakangan ni rasa sangat ‘lemah’…. sampaikan ‘aku yang dulu’ pun boleh tetiba ‘memberi tazkirah’ kat aku yg menjadikan aku terdiam…. haha…. aku selalu cam dengar balik ‘quotation’ aku yang dulu, tak kisahlah orang ckp ataupun aku sendiri baca balik dan rasa cam…. “aku ke yg cakap ni -__-” ”

 

ok, dah tak de apa rasa nk tulis, rasa cam dah tulis semua benda yang nak ditulis…. ada orang cakap aku terer menulis… tapi sedangkan hakikatnya kalau baca balik penulisan-penulisan aku yg awal, hakikatnya sgt bosan kot…. ada plak yang tanya aku, berapa lama aku ambik masa nak tulis satu artikel, sebab macam kerap sangat katanya…. emmmm… sebenarnya sekejap je… serius… mungkin sebab aku tulis apa yg ada kat hati aku? dan bila fikir-fikir balik… entah apa yg jadikan aku boleh tulis dengan style sekarang ni pun aku tak tahu… kurniaan Allah I guess… alhamdulillah

 

 

tata

assalamualaikum

Mengkotak atau dikotakkan?

Facebook Twitter Email

Boxed in

 

Itulah istilah yang paling best bagi aku disampaikan oleh Anas At-Tikriti, bekas Presiden MAB tadi. It’s not really something new, tapi aku masih sangat suka dengan konsep tersebut

 

Iaitu kita jangan biarkan orang lain mengkotakkan pemikiran dan tindakan kita, sebaliknya kita sendiri yang kena keluar daripada kotak tersebut, malahan buang je kotak tersebut jauh-jauh, dan menghalakan pemikiran orang lain kepada apa fikrah Islam yang sepatutnya

 

Contoh paling senang, ramai orang merasakan yang Islam ni terrorist, yang Islam ni menindas wanita, dan lain-lain. Dan sangat ramai antara kita yang sangat berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ni dengan mengeluarkan hadis dan hujah, macam mana hakikatnya Islam tak macam tu, Islam sebenarnya peace, dan lain-lain

 

Maka Anas At-Tikriti share sebuah kisah, macam mana dia pernah mengajak dua orang wartawan non-muslim untuk bertemu dengan dia, closed room meeting, selama dua jam. Dalam tu diorg boleh tanya apa-apa saja yang diorang nak, dalam apa-apa saja isu. Dan di akhir meeting, seorang tu cakap

 

“You know, you’re brilliant. However I’ve heard about ‘taqiyyah’, and I thing you’re doing it right now”

 

So like you, and me myself, Anas At-Tikriti pun pelik dan tanya, what’s a taqiyyah?

 

“It’s that you believe that there are some times that you can lie. And because of that I don’t believe in everything you just said”

(mafhum jelah ekk, aku tak ingat quote yg exact)

 

So cam…. apakah? Itulah sebenarnya yang berlaku, macam mana hakikatnya kalau orang tu memang sekadar nak mempersoalkan dan nak menunjukkan yang kita ni salah, walau macam mana pun, dia takkan terima (sebab itulah aku sangat tak suka berdebat, heh)

 

So Anas At-Tikriti cakap, kita hakikatnya tak perlu dah nak melayan semua isu-isu yang dibawak orang lain, dan menjadikan kita terperangkap dalam kotak isu-isu tersebut. Menjadikan bila ada talk isoc kat uni je, maka ianya about terrorism, ianya about women in Islam, dan lain-lain. Sedangkan rahmatan lil ‘alamin (rahmat untuk seluruh alam), iaitu tujuan Islam diturunkan kat bumi ni, takkan dapat ‘dilihat’ pun… Macam mana kita nak mengatakan yang Islam ni rahmatan lil ‘alamin, jika ianya bermula dengan Is Islam related to Terrorism? A ‘no’ answer is still very far than ‘rahmatan lil ‘alamin’

 

Maka dia menyarankan kepada kita, untuk lupakan dan buat pekak je dengan semua isu-isu yang ditimbulkan orang lain (especially musuh kita), yang akan menjadikan kita sibuk dengan isu-isu yang remeh, tapi mengabaikan isu-isu yang lebih besar. Dan tiada isu yang lebih besar daripada kita sendiri menjadi seorang muslim yang soleh, yang portray Islam itu sebenarnya macam mana melalui tindakan kita

 

Indeed, action speaks louder than word

 

Bila aku fikir balik dalam konteks dakwah dan tarbiyah… hakikatnya sangat selalu je… timbul isu-isu seperti jemaah yang kau join ni salah, jemaah yang kau join ni tak syumul, korang ni eksklusif, tak masuk dengan masyarakat, korang pemecah belah umat, korang itu, ini, dan lain-lain

 

Kalau kita bermain-main dan melayan isu-isu remeh sebegini, akhirnya tugas dan fokus utama kita, untuk menyampaikan fikrah Islamiyah tu takkan tercapai pun…. Maka sememangnya dalam menghadapi isu macam ni…. Kita jawablah segala tuduhan mereka dengan amal dan perbuatan, sehinggakan apabila orang menuduh kita sebegitu, orang luar yang akan menjawab

 

“Eh takdelah, diorang baik je, tak logik arr diorang buat macam tu”

Tarik Tali dengan Al-Quran

Facebook Twitter Email

Fikrah

Ada yang mendefinisikannya sebagai ideologi, ada yang mengatakannya corak pemikiran, ada pula cakap ianya rangka/corak pemikiran, tak kurang juga ramainya yang mengatakan fikrah itu adalah titik-titik pemikiran, yang akan menyambung dan menghalakan ilmu-ilmu kita

 

Fikrah seorang pejuang Islam itu sepatutnya adalah fikrah islamiyah. Malahan aku amat yakini majoriti semua pengasas-pengasas jemaah Islam pada asalnya mempunyai fikrah islamiyah yang sama, yang syumul, yang memang dikeluarkan daripada Al-Quran dan sunnah

Namun, di antara mengajar seseorang itu bagaimana teori pembezaan/derivation itu asalnya dikeluarkan, ternyata jauh lebih mudah untuk terus mengajar pelajar tersebut bahawa pembezaan/derivation itu adalah dengan mengambil nombor kuasa tu dan didarabkan di depan, kemudian kuasa tu ditolak dengan satu

Berbanding nak ajar teori berkaitan delta, berkaitan near to zero, dan lain-lain. Lambat. Susah. Tak ramai yang akan faham…. Lebih senanglah terus mengajar apa kaedahnya, apa konklusinya….

 

 

Dan unfortunately…. aku perasan, perkara yang sama dilakukan dalam proses dakwah dan tarbiyah…..

 

Kita nak cepat, nak cepat mendapatkan produk sebab kita ada kekangan masa…. secara tak sedar akhirnya kita mengajar terus kepada mad’u kita ‘keputusan akhir’ daripada Al-Quran dan Sunnah itu, tanpa menjelaskan dan membincangkan secara terperinci Al-Quran dan Sunnah itu sendiri….

 

Akhirnya… mad’u kita hakikatnya tidak memahami sangat pun Al-Quran dan Sunnah. Apa yang mereka dapat hanyalah ‘konklusi’ kita. Dan akhirnya dakwah mereka hanya berputar-putar pada konklusi yang mereka perolehi.

 

 

Cuba bayangkan, bagaimana jika seorang pelajar tersebut hanya mempelajari pembezaan/derivation secara ‘konklusi’, dia tidak akan mampu menyelesaikan jika ada masalah yang baru timbul, yang lain daripada bentuk ‘konklusi’ yang dia pelajari…

 

 

Begitu jugaklah, ikhwah akhawat, yang akan terjadi kepada mad’u kita, jika kita hanya memberi ‘konklusi’…. kerana akhirnya, mad’u kita tu akan menjadi daie yang menghuraikan semua ayat quran dan hadis dari sudut ‘konklusi’ yang dipelajarinya….

 

 

kesannya… tidak hairanlah begitu ramai yang merasakan tadabbur itu haram, apabila melihat begitu mudah dan suka hati kita ‘menafsir’ ayat quran (ye, menafsir, apabila kita mula menghuraikannya dari sudut yang tersirat dan tidak jelas, maka ianya bkn lagi ‘tadabbur’)

tidak hairanlah boleh terjadi tragedi mengambil tayamum dengan salji (kisah benar time first year)

dan macam-macam lagi

 

 

kadang-kadang pelik…. malahan risau…. bagaimana ayat quran berkaitan anak yatim, tiba-tiba dikaitkan dengan perlu belanja student makan…. bagaimana hadis-hadis berkaitan asas Islam… tiba-tiba dikaitkan dengan dakwah…. bagaimana kisah berkaitan mujahadah dakwah, tiba-tiba dikaitkan dengan study tu tak penting….

 

 

malahan lebih menjengkelkan lagi…. apabila dengan mudah ada yang mengatakan “owh, ulama tu salah, huraian dia sebenarnya macam ni”…. sedangkan khilaf antara ulama itu satu benda yang dihormati sesama ulama, bagaimana boleh kita yang tidak belajar langsung pun usul fiqh boleh mengeluarkan claim sedemikian??

 

 

benar aku sendiri pernah mempersoalkan adakah perlu untuk mempunyai degree usul fiqh dan syariah untuk berbicara berkaitan agama? tapi kadang kala aku sendiri risau untuk membenarkannya…. kerana jikalau ikhwah akhawat sendiri banyak menghurai dalil-dalil dari sudut yang pelik, apatah lagi yang akan dibuat oleh orang-orang di luar sana?

 

 

Amirul Mukminin ‘Umar bin Al-Khattab r.a menulis surat kepada qari-qari Al-Quran di setiap negeri:

“Ikutlah Al-Quran, bukannya Al-Quran yang mengikut kamu. Sesungguhnya sesiapa yang diikut oleh Al-Quran, Al-Quran akan menolak belakangnya sehingga jatuh ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengikut Al-Quran, Al-Quran akan memimpinnya masuk ke dalam syurga Firdaus”.

 

p/s: yang risaukan ‘keaslian’ perjuangan Islam…

p/ss: maaf kalau ada tersalah kata, wallahualam

 

Current Economic Problem – What you need to know

Facebook Twitter Email

 

Baru je keluar daripada talk “Islamic Banking VS Conventional Banking: Is Our Banking System Failing?”

 

yes, keluar, sebab rasa tak tahan nak bersuara, tapi nak bersuara tak mampu sangat sebab english tak power sangat haha~~

 

Anyway, kali ni aku mampu mendengar talk ni dengan perspektif yang berbeza daripada talk-talk berkaitan Islamic Finance or problem with banking system nowadays etc yang pernah aku hadiri sebelum-sebelum ni, sebab alhamdulillah dalam 2 setengah tahun kat UK ni aku dah banyak mendengar dan buat kajian berkaitan isu ekonomi dunia, both conventional and islamic system

 

Kat talk tu ada benda-benda yang aku kurang bersetuju dengan salah seorang speaker tu, atau at least aku faham apa yang dia cuba sampaikan, tapi aku rasakan dia sampaikan dan simplifykan benda kepada sudut yang kurang tepat, yang menyebabkan speaker seorang lagi bersuara dan akhirnya macam menjadi debate….

 

Anyway… aku ended up terfikir nak buat post ni, sebab even daripada soalan-soalan yang ditanya oleh audience, aku rasakan audience takkan dapat memahami masalah dan perbincangan yang berlaku melainkan audience memahami beberapa fakta-fakta berikut:

 

1) Inflation

atau dengan nama lainnya harga barang naik, seriously inflation is an enemy to all mankind  – tak kiralah kepada orang kaya ataupun orang miskin, cumanya untuk orang miskin kesannya lebih teruk… Ada orang pernah cakap kat aku “bukan ke belajar dalam kelas economy dulu inflation tu satu benda yang bagus sebab itu menunjukkan yang economy kita growing?”

Of course, aku time tu tak abis belajar lagi, so aku tak dapat jawab. However now I can bravely say that, no, it’s not. Inflation is the ‘after product’ of the growth – no one wants inflation to happen.

So ianya penting untuk kita kaji kenapa inflation berlaku, simply said ada dua sebab:

i) Demand terhadap barang tersebut lebih tinggi daripada supply yang ada

ii) Money supply dalam ekonomi tu meningkat, antara setiap orang diberi RM100, dan setiap orang diberi RM100,000 - harga barang di negara setiap orang diberi RM100,000 akan lebih mahal

and… I think that’s it… where’s the interest (riba)? I’ll tell you later

 

2)  Money Supply

harga barang naik dan turung disebabkan demand and supply boleh kata macam basic kepada ekonomi even di dalam ekonomi Islam, dan inflation hakikatnya takkan berlaku dengan teruk sangat kalau sekadar disebabkan benda-benda tu. The issue is more toward the second factor, money supply

money supply zaman sekarang (untuk satu2 negara) dinaikkan melalui dua cara:

i) Quantitative Easing – atau bahasa femesnya di kalangan sesetengah orang adalah printing money

ii) Fractional Reserve system

 

3) Quantitative Easing

okay, printing money is not done by the government, but by the Central Bank. A different entity than the government. Anyway QE bukanlah print money in terms of print duit kertas dan buang kat jalan untuk orang kutip (Owh, although it may sound interesting), tapi dia inject money ke dalam economy dengan cara ‘investment’ – yang mana biasanya dengan beli corporate/government bond

Bond ni senang kata orang bagi pinjam duit kat kita, dan kita akan dapat bayaran balik + interest in a period of time

tapi Central Bank takleh beli directly daripada government, tapi dia boleh beli daripada individu-individu/company-company/bank-bank/any other financial institutions yang dah beli daripada government

dan dia beli bond tu dengan zero cost, simply electronicaly tambah let’s say RM1,000,000 dalam akaun bank diorang (setiap bank kat setiap negara akan ada akaun dengan central bank)

Ah ye, dan juga seperti mana Central Bank boleh inject duit, dia gak boleh ambik duit sesuka hati – bergantung kepada apa dia rasakan keperluan ekonomi time tu

Note my words: ‘keperluan ekonomi time tu’

 

4) Fractional Reserve system (since 1913)

Basically, bayangkan kalau kita simpan kat dalam bank £100, dan fractional reserve cakap bank hanya perlu reserve 10% daripada deposit orang ke dalam bank dia. So ini bermaksud bank boleh bagi pinjam £90 kepada orang lain

So bayangkan situasi ni:

A deposit duit ke dalam bank sebanyak £100. Bank kemudian pinjamkan duit sebanyak £90 kepada B (without interest). Pastu B beli kerusi daripada C dengan harga £90. C kemudian masukkan semua £90 ke dalam bank. Mengikut Fractional Reserve system, bank boleh pinjamkan £81 kepada orang lain, so bank pinjamkan kepada D (without interest). Dan kemudian D pergi beli meja daripada E dengan harga £81. Dan E pun deposit duit ke dalam bank. OK stop kat situ

Okay so sila kira benda-benda berikut:

1- berapakah actual duit yang ada kat dalam bank sekarang?

2- berapakah jumlah duit dalam akaun A, C dan E?

 

Jawapan:

1- £100 x 10%+ £90 x 10% + £81 = £100

(the initial amount deposit by A?)

 

2- £100 + £90 + £81 = £271

(ha? mana datang lagi £171?)

ianya dari value £81 + £90 (duit yang asalnya tak wujud, tapi tetiba wujud disebabkan hutang yang diberikan)

 

So, yes. The whole economy kena tipu, diorang ingatkan diorang ada duit sebanyak £271, tapi hakikatnya duit yg ada dalam the whole economy hanyalah £100. Maka actually kalau semua A, C dan E nak keluarkan duit diorang, bank takkan mampu bagi dan bank boleh bankrupt.

Of course, the situation will be settled kalau B dan D bayar hutang diorang. Tapi katakanlah kalau ekonomi dalam negara tu memang hanya ada £100 je duit yang diprint.. how?

Maka sebab tulah perlunya Central Bank buat QE di atas…. dan nak tak nak, kalau duit yang ada dalam ekonomi bertambah sebanyak 170% (given that real economy is constant), tak hairanlah kalau inflation pun berlaku sebanyak 170% (tapi in reality tak berlaku seteruk tu, sebab real economy is also growing)

 

5) Interest

Jadi mana keburukan interest? Sedangkan tanpa interest pun ekonomi dah rosak? Apa bezanya ada interest atau tak?

Of course, one wil simply realize yang tanpa interest, bank takkan dapat sebarang benefit daripada bagi pinjam duit dan lain-lain tu… Jadi wujudnya interest untuk bank dapat keuntungan.

Still, bayangkan ekonomi yang ada A, B dan C - bayangkan setiap orang dapat £100

A bagi pinjam kat B £100 + 10% interest. Menjadikan B ada duit sebanyak £200. Dan B bagi pinjam kat C dengan interest sebanyak 10%. Menjadikan C ada duit sebanyak £300

Kira lagi:

i) Total duit yang ada dalam ekonomi sekarang

ii) Total hutang yang perlu dibayar

 

Jawapan:

i) £300, of course

ii) £330

 

Maksudnya, dalam ekonomi yang mengamalkan interest, duit takkan pernah cukup. Sebab hutang yang ada melebihi duit yang ada. Maka solutionnya? C akan print duit, dan pulangkan kepada B + interest. Dan B akan pulangkan kepada A + interest…

 

Watak-watak untuk perbandingan yang ni:

A – Government

B – Conventional Bank

C – Central Bank

 

6) Hutang, Fiat Currency and Bretton Wood system

Maka kalau sedar the whole economic system zaman sekarang ni rosak disebabkan satu benda. Hutang.

Dan penyelesaian kepada hutang tersebut adalah dengan kita mempunyai ‘duit’ yang ‘economy’ boleh print duit sesuka hati, untuk backup masalah duit dalam ekonomi tak cukup untuk bayar hutang tu, yang wujud disebabkan both Fractional Reserve dan Interest.

Maka, ianya penting untuk kita memiliki duit yang boleh produce secara percuma, hence the fiat money. Tapi perlu tau yang walaupun fiat money, fractional reserve (sejak 1913) dan interest dah diamalkan sejak lama-lama dulu, tapi sebelum 1971, negara tak boleh print fiat money sesuka hati.

Sebab macam sebelum ni, negara-negara hanya boleh print fiat money diorang kalau diorang ada emas di belakangnya, tapi sejak 1971, secara rasminya Bretton Wood pny system (berkaitan fiat currency perlu disandarkan kepada emas, boleh google sendiri kalau nk tau lebih), dimansuhkan, dan diorang boleh print duit sesuka hati.

 

Maka sejak daripada tu… money supply meningkat dengan laju. Disebabkan QE boleh dilakukan dengan sangat mudah (dan malah satu keperluan). Melalui hutang-hutang yang boleh diberikan dengan lebih ‘selesa’ juga, pembangunan dan development berlaku dengan sangat pesat. Sebab tu lah kita melihat berlaku pembangunan pada tahap yang luar biasa dalam beberapa dekad yang terakhir. Of course kalau terlalu tamak, maka negara-negara tu boleh berakhir seperti Greece, Argentina dll

 

 

 

Err…. faham ke? haha…. so basically inilah masalah dengan ekonomi kita pada zaman sekarang. Ye, zaman sekarang, sebab ianya masih sangat baru.

 

Dan juga perlu tahu, hakikatnya Islamic Banking pun tunduk di bawah Fractional Reserve System dan di bawah Central Bank. So hakikatnya, Islamic Banking zaman sekarang tidak menyelesaikan apa-apa, melainkan hanya membantu individu-individu (kita) tidak terlibat dengan interest.

Sebab isu utama dalam semua masalah ni adalah hutang. (Bukan saja bagi pinjam duit, tapi even beli dan bayar kemudian pun turut dikira hutang)

 

Sekaligus, kalau faham perkara ni, maka soalan “tapi inflation berlaku dan kalau takde interest, orang yang simpan duit dan bank yang bagi pinjam duit akan rugi” adalah tak valid, sebab interest adalah punca kepada inflation, bukanlah ‘penyelesaian’ kepada inflation

 

Jadi penyelesaiannya? Ekonomi seluruh dunia perlu diubah. Which is…. selagi mana majoriti masyarakat dunia tidak sedar benda ni dan tidak membantah, maka ianya takkan dapat diubah.

 

Perjuangan masih panjang. Sebab dunia sekarang dipegang oleh mereka yang mendapat keuntungan daripada sistem ni.

 

p/s: sekali lagi rasa tak mampu nk tulis isu ekonomi dengan jelas dan baik, haihh -__-”

Apabila Tawakkal diuji – Siapakah yang memberi rezeki?

Facebook Twitter Email

Tawakkal

 

Ianya satu konsep yang paling penting untuk umat Islam, dan dalam seminggu ni je…. dah dua kali aku diuji berkaitan benda ni…. Diuji sejauh mana aku yakini bahawa hakikatnya, rezeki itu datang daripada Allah, dan bukan daripada akal kita, bukan juga daripada degree kita

 

Ujian pertama adalah time aku nak jual Canon 550D aku… Jujur aku cakap, aku sangat suka ambik gambar, apatah lagi ambik gambar dengan DSLR, sejak aku ada 550D ni memang aku tak pandang langsung dah kepada kamera-kamera biasa, sebab kualitinya just terlalu berbeza, kena ada DSLR sendiri arr kot baru faham betapa bezanya… My best album untuk 550D aku ni adalah time pergi Turkey dulu… Entah kenapa tengok dari gambar-gambar tu je bak kata kawan aku, “nampak sangat korang sangat happy pergi sana”, and of course it was, but to be able to capture it in the pictures, until others are able to see clearly how happy we were, is another happiness and satisfaction for me

 

Still, aku decide untuk jual kat ebay, atas sebab-sebab tertentu… Nak kata sedih sangat cam tak gak…. insyaAllah aku selalu cuba menanam zuhud di dalam hati aku…. iaitu zuhud itu bukanlah kita hidup secara sederhana atau hidup secara miskin, tetapi zuhud itu adalah kita meletakkan dunia di tangan, dan bukannya di hati…. Jika ada keperluan dan kemampuan, kita memilikinya, tapi kalau Allah mengambilnya atau kita perlu melepaskannya, maka kita tak kisah dan tidak bersedih

 

Anyway, sebelum ni aku ada ‘trick’ dalam menjual kat ebay, siapa yang biasa dengan ebay mesti tahu kalau kita mula auction dengan £0.99, dia free je untuk listing, tapi let’s say kita ada minimum price yang kita nak, katakanlah £300, maka dia akan ada additional cost

 

Tapi sebelum ni aku main jahat, dengan aku gunakan akaun-akaun ebay member2 aku, sehingga mencapai harga minimum yang aku nak…. tapi hari tu ada kawan aku tanya

“Telus ke cara macam tu?”

 

Okay, I would be lying if I’m saying I had never thought about it…. tapi bagi aku still hakikatnya kita tidak menipu buyer, tapi pihak yang ditipu di sini adalah ebay, tapi nak kata totally wrong sangat pun…. entahlah….

 

Tapi still, kemudian terlintaslah kat dalam kepala aku…. satu hadis yang aku come across ketika mengkaji Islamic Finance dulu…

 

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga barang, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

(Hadith ni panjang lagi, ni quotation sebahagian je)

 

 

Tetiba iman aku mengatakan kepada aku…. Bagaimana mungkin engkau mengharapkan rezeki yang hakikatnya daripada Allah, tetapi engkau memilih jalan yang syubhah? Tidakkah engkau percaya bahawa Allah lah yang memberi rezeki? Tidakkah engkau bertawakkal kepadanya terhadap apa rezeki yang kau akan perolehi?

 

Bagus iman aku time tu haha

 

Alhamdulillah…. so last-last aku decide untuk mula je listing dengan £0.99, dan sekarang ni masih ada lagi 3 hari auction, dan harga dia dah meningkat sangat hampir dengan harga minimum yang aku nak tetapkan awal-awal dulu….

 

 

Okay, tu hari Isnin hari tu…. dan hari ni hari Jumaat… aku dapat result aku…

 

Well…. it was as expected…. I had always been quite good in expecting my marks…. tapi yang kecewanya sebab satu subjek yang sepatutnya score, dan boleh backup subjek2 lain, aku dapat markah yang lebih rendah lagi daripada subjek lain yang susah…. sebab dengan kehendak Allah time aku amik exam tu aku demam…. nak tulis pun malas…. apatah lagi nak fikir…. study pun tak abis….

 

Dia ended up aku rasa cam akan sangat susah untuk mendapat second upper… serius susah… possible, tapi susah… buatkan aku terfikir macam-macam…. adakah impian aku untuk buat PhD akan terkubur macam tu je? (impian je, tapi takde lah nak sangat-sangat pun, walaupun aku dengar still ada possibility untuk buat kalo dapat second lower pun), terfikir lagi…. selama ni aku tengok kalau nak apply kerja tu macam sebahagian agak besar tu akan nak bachelor at least 2.1…. Especially kalo jawatan-jawatan besar… buatkan aku terfikir…. macam mana aku nak dapat kerja ni… =(

 

Pastu cam iman aku marah aku lagi…. “Yang bagi kerja Allah ke degree? Kenapa letakkan kepercayaan dan pengharapan kepada degree yang langsung tak hidup? PhD? Penting sangat ke? Ada nampak title Dr kat list-list orang terkaya kat dunia? Sekadar minoriti yang sangat-sangat….”

 

Again, aku diuji…. sape sebenarnya yang memberi rezeki…. Sesungguhnya orang beriman itu pasti diuji…. dan insyaAllah jikalau hidup aku di dunia ini sengsara dan tidak berjaya pun…. yang paling penting adalah hidupku di akhirat berjaya….

 

 

p/s: Still, down ni membuatkan aku cam boleh tengok cara-cara yang berbeza manusia-manusia pelbagai latar belakang cuba memujuk dan menaikkan semangat aku…. ada yang sangat menyenangkan, ada gak yang in a way buat aku lebih emo huhu -__-”… still… nak cakap kat sini, Khairon Ariffin sangat best ^__^, sayang ko klon

p/ss: yang masih down sebenarnya, tapi at least ianya buatkan aku jauh lebih struggle untuk 3 bulan yang terakhir ni…. ada sedikit bersyukur sebenarnya, sebab dah dua minggu pun aku slow dan tak dapat nak fokus study….

Apabila menjadi ‘moyang’

Facebook Twitter Email

aku ingat lagi dulu-dulu time awal-awal berada di dalam tarbiyah, kalau mendengar seseorang tu membawa usrah yang membawa usrah yang membawa usrah, mesti aku akan cam…. “waa”

 

haha

yelah kan, coz itu menunjukkan betapa banyaknya pengalaman dia, betapa menjadinya anak-anak usrah dia….

 

dan dulu time first year time awal-awal datang ke UK… aku turut memandang ikhwah-ikhwah 3rd year, 4th year dan 5th year dgn pandangan yang cam kagum dengan diorang…. cam diorang tu syeikh…. cam kalau bertanya dan diorang bagi jawapan, maka jawapan tersebut adalah jawapan seorang syeikh dakwah yang aku tak boleh bangkang/tak setuju senang-senang camtu je

(tapi aku rasa ada je aku bangkang gak haha)

 

 

Ianya samalah seperti pandangan seorang budak sekolah rendah kepada pelajar sekolah menengah, apatah lagi pelajar university…. pandangan kagum, pandangan “dia mesti tahu lebih dari aku” dan yang sewaktu dengannya
Dan kini, masa pantas berlalu…. dan aku sekarang berada di tempat orang-orang yang aku kagumi dulu….

 

 

Kadang-kadang bila fikir benda ni… rasa cam… takut…. especially bila memikirkan apabila orang bertanya, diorang memandang jawapan aku sama seperti cara aku pandang jawapan-jawapan ‘syeikh-syeikh’ aku dulu…. ianya jujurnya menjadikan aku sangat takut nak memberi jawapan ataupun pendapat… nak-nak lagi aku pun masih tak konfim, betulkah apa yang aku fahami sekarang? betulkah fikrah aku sekarang ini? yang manakah fikrah yang thawabit dan manakah ijtihad yang boleh menjadi khilaf di dalam jemaah?

 

ianya lebih cam takut lagi kalau dalam ramai-ramai, pastu orang tak tau pasal sesuatu, dan orang semua pandang aku -___-”, nak dengar pendapat dan ilmu aku… sedangkan hakikatnya aku juga masih seorang yang belajar dan belajar…. sangat takut nak mengatakan sesuatu yang akan menjadi ‘pegangan’ semua orang….

 

sebab tuh jujurnya aku lebih suka menjadi orang yang hanya berada di kedudukan untuk menyuarakan pendapat, dan ada orang lain di atas aku… sebab aku dengan sesuka hatinya boleh berhujah dan mengeluarkan pendapat…. tapi kalau akulah yang berada kat atas sekali… dia akan jadi cam pendapat aku tu macam itulah yang sepatutnya…. so cam…. tak best di situ huhu….

(sebab tu aku suka tulis kat blog personal, sebab ianya hanyalah pendapat aku, orang tak amik tulisan kat blog sebagai pegangan sangat hihi)

 

tapi seperti mana budak uni hakikatnya pandang budak sekolah menengah sangat mentah je pun, walaupun pada satu masa dulu time sekolah rendah budak uni tu pun pandang budak sekolah menengah cam power, aku rasa camtu gaklah orang-orang lama, pakcik makcik dan asatizah memandang orang-orang yang membawa usrah yang membawa usrah yang membawa usrah mad’u baru

(yeke? ni assumption je huhu)

 

rasanya mungkin sekarang ni aku dah kena ubah… nak kena jaga kata-kata dan segala statement aku…. especially di public, walaupun dia blog personal…. supaya yang keluar adalah perkara yang thabit, dan perkara-perkara khilaf didiamkan je supaya tak mendatangkan perbincangan-perbincangan dan isu-isu yang pelik

 

kesian naqib kesayangan aku kena fire =(

 

(being ‘young’ is nice)

 

p/s: camne ending post ni boleh bawak ke sini plak, asalnya nak cerita benda lain -__-”
p/ss: rasa cam tak caya bila fikir-fikir balik sekarang aku dah jadi ‘moyang’ huhuhu

Social links powered by Ecreative Internet Marketing